![]() |
| lepas keluar oven.Ini satu-satunya gambar yang diambil. |
Yang penting semangat kerajinan mesti kuat walaupun tengah buat tetiba kerajinan menurun...
Jom kita tengok bahan-bahan nye.
Bahan bahan dibahagi kepada dua.
1) Crust
2) Filling
Crust
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum (tambah extra tepung sikit-sikit kalau doh masih melekat di tangan)
1/4 cawan gul halus
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter (125 gm) kerat kecil kecil supaya mudah dipukul
2 biji telur (xkisah gred A, AA, or B)
Cara-cara
- Pukul butter dan gula sampai kembang
- Masukkan telur sedikit demi sedikit
- Masukkan tepung sampai menjadi doh
- Ratakan setebal 1/2cm dan terapkan dalam acuan. (pastikan tidak terlalu tebal kerana doh akan mengembang masa di bakar)
- Cucuk doh dengan dengan garfu sebelum dibakar supaya doh tidak kembung.
- Bakar pada suhu 180C selama 10 min.
Bahan-bahan
2 1/2 cwn susu cair (guna susu ideal pun boleh)
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila. (boleh ditambah sekiranya tidak suka bau telur yang kuat)
Cara-cara
- Campurkan gula dengan telur, pukul hingga gula larut
- Kemudian masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
- Masak filling menggunakan api yang sederhana. Pastakan dikacau tanpa henti supaya filling tidak berketul-ketul.Kacau sselama 15 minit.
- Kemudian masukkan filling kedalam crust tadi dan bakar selama 15 minit.
Sinar itu pasti...

No comments:
Post a Comment