aku masih mengejar CITA&CINTA

aku masih mengejar CITA&CINTA
Aku masih mengejar CITA & CINTA

Nov 7, 2009

fadhilat dan kelebihan surah Al-iklas





Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).



Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Dari Ubay Ibn Ka’ab - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Kita dah baca betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun, kalau kita sekadar tahu saja perkara ini tetapi tidak amalkan, maka apalah gunanya. Tersangat rugi besar lah diri kita. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita memperbanyakkan membaca surah ini. Tapi jangan pula kita hanya pulun baca surah ini, sedangkan surah2 lain kita abaikan. Tak bolehlah begitu yer.



Sekian, selamat beramal.






biarkan buih buih itu hilang sendiri...

batu terapung












K eterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.


Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis) .



Foto ini dari seorang hanba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israelyang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.



Sampai sekarang masjid "dome of rock" ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".

Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.








biarkan buih buih itu hilang sendiri...

Nov 6, 2009

D gngu Makhluk biru


Masa aku tgh studi,aku di gngu ò mkhlk BIRU.rupa nye cömey rumet kate,tp badan gemøz sgt... Huhh tgk la sibök nk dok sbelah org..

Nov 5, 2009

~inilah masanya~

Jika kau ingin menyintai ibu


Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu

Keindahan dan kelembutan kasih

Yang mengalir kudus daripada sanubarimu



Cintalah ibu sekarang

Semasa ibu masih hidup

Usah tunggu sehingga ibu telah pergi

Kemudian barulah diukir di batu nisan

Dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi



Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu

Tunjukkanlah pada ibu sekarang

Jika kau tunggu sehingga ibu mati

Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar

Kerana kita dibatasi kelemahan



Oleh itu, jika kau menyintai ibu

Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu

Lafazkan dan buktikan sekarang

Sementara ibu masih hidup

Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya







biarkan buih buih itu hilang sendiri...