aku masih mengejar CITA&CINTA

aku masih mengejar CITA&CINTA
Aku masih mengejar CITA & CINTA

Apr 27, 2012

Tart Telur Sedap


lepas keluar oven.Ini satu-satunya gambar yang diambil.
Sebenarnya senang saja untuk buat Tart Telur.
Yang penting semangat kerajinan mesti kuat walaupun tengah buat tetiba kerajinan menurun...

Jom kita tengok bahan-bahan nye.

Bahan bahan dibahagi kepada dua.
1) Crust
2) Filling

Crust

Bahan-bahan
2 1/2   cawan tepung gandum (tambah extra tepung sikit-sikit kalau doh masih melekat di tangan)
1/4      cawan gul halus
1/2      sudu teh baking powder
1/4      sudu teh garam
1/2      cawan butter (125 gm) kerat kecil kecil supaya mudah dipukul
2 biji   telur  (xkisah gred A, AA, or B)

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit
  3. Masukkan tepung sampai menjadi doh
  4. Ratakan setebal 1/2cm dan terapkan  dalam acuan. (pastikan tidak terlalu tebal kerana doh akan mengembang masa di bakar)
  5. Cucuk doh dengan dengan garfu sebelum dibakar supaya doh tidak kembung.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 10 min.
Filling

Bahan-bahan
2 1/2 cwn susu cair (guna susu ideal pun boleh)
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila. (boleh ditambah sekiranya tidak suka bau telur yang kuat)

Cara-cara
  1. Campurkan gula dengan telur, pukul hingga gula larut
  2. Kemudian masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
  3. Masak filling menggunakan api yang sederhana. Pastakan dikacau tanpa henti supaya filling tidak berketul-ketul.Kacau sselama 15 minit.
  4. Kemudian masukkan filling kedalam crust tadi dan bakar selama 15 minit.

Sinar itu pasti...

Apr 26, 2012

Dalam kotak kah aku? Beku ke otak aku?

Sungguh sedih bila pengorbanan y dibuat tidak nampak dan xdihargai mahupun dirasai dengan hati.
Masih ingat konsep ceteris peribus. Jika A y dipilih B harus dilepaskan dan begitulah sebalik nya.

Tahun2012 sudah 26thn  tapi masih dikonkong seperti 16thn.
Itu x boleh ini x boleh..sana x boleh sini xboleh....

dan oleh itu wajar lah aku mendapat Ayat hidup dalam kotak.(adik aku sendiri cakap)

Kenapa aku saja xboleh.. kenapa y lain boleh.
Boleh keluar malam.
Boleh jumpa kawan.
Boleh balik lewat.
Boleh Berdating.
Boleh x buat kerja rumah.


Dan ditambah lagi...
bila bekerja di syarikat family. Pusing sana pusing sini akan berjumpa org y sama.
jadi mmg xde perkembangan mental maka beku lah otak (Lelakai itu y cakap).

Dan sbb itu jugalah MENGAPA ISLAM tidak galakkan kita untuk berkahwin dgn adik-beradik. BUKAN sahaja tidak berkembang zuriat dan silaturrahim malah juga pemikiran.

Bukan bermaksud aku xsuka bekerja di syarikat itu..Aku sangat suka..Mana mungkin aku akan dapat authoriti seperti disyarikat itu sekiranya aku bekeja ditempat lain.Org lain juga ada berkerja disyrkt family tapi mereka ada kebebasan dalam hidup mereka.
Dan bila sebut saja BEBAS... selalu saje akan dikaitkan dengan negatif.. sungguh tidak terbuka pemikiran itu.Sudah cukup ilmu y diberi untuk membezakan buruk dengan baik, halal atau haram.

Tapi tidak kah mereka tahu aku juga ada cita2 dan sasaran dalam hidup... Kalau diukur sasaran sehingga kini rasa belum pun mencapai 20%.

Tapi KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Sebab aku memilih untuk berada dekat mak abah aku..
Sebab aku memilih untuk menjaga mereka.
Sebab aku nak tolong mereka.
Sebab aku nak berjasa kpd mereka.
Sebab aku nak berbudi kpd mereka.
Sebab aku nek meringankan beban mereka.
Sebab aku sayang mereka lah aku buat begini..

APA Y BOLEH DIBUAT???

Banyak perkara y aku.. tidak terniat untuk merungut, bersungut, atau mengungkit. Jauh sama sekali berkira.

Sedarkah orang y berkata aku hidup dalam kotak y selama disebalik kehidupan y orang lain xtaw aku y uruskan?? Sedarkah dia? Sedarkah dia semua itu masa aku??

Siapa y basuh baju dia, Siapa y uruskan rumah utk keselesaan semua org, Siapa yang buat dia kenyang, Siapa y lipat baju dia, Siapa..? Siapa...?

Dia boleh kesana sini dengan bebas...tapi aku....tak boleh....dan duduk dirumah dengan kerja2 rumah y pernah habis.

Tidakkah itu masa aku... y sepatutnya aku boleh buat mcm2...

Tahukah...?

Sebagai remaja biasa (remaja lagi kah..entah aku kurang pasti apa erti remaja..dan mungkin juga jiwa aku masih terperangkap di zaman itu.) aku juga mahu up-to-date dengan pelbagai perkara...

Aku juga mahu bersosial...agar kembang atau CAIR pemikiran aku.. Bila kita kenal ramai orang berjumpa dengan macam2 org, byak y kita akan dapat... Tidak seperti waktu aku belajar dulu..aku rasa yakin utk berbicara..lancar tutur kata... Tapi sekarang tidak lagi... bila sesekali jumpa orang dan bersembang banyak perkara y aku x tahu. banyak perkara aku ketinggalan....dan yang penting rasa yakin makin hari makin menurun...


Dan awak..
saya fikir lelaki itu faham kedudukkan saya tapi awak juga mengeluarkan ayat y sangat menyakitkan sama seperti dia.


Hari ini HATI saya sangat SEDIH dan JIWA saya sangat LARA.


Sinar itu pasti...

Apr 3, 2012

la tahzan....

Tarik nafas dalam dalam......astaghfirrullahal azim........

terlalu banyak perkara tidak diduga terjadi..

setiap satu berlaku dengan jelas dan berturutan...

kalau ALLAH syg kan hambanya, DIA akan beri banyak ujian terhadap hambanya untuk menguji keimanannya.... subhanallah....

tanpa disedari.. satu per satu berjaya dihadapi tanpa masih mengetahui apa hikmah disebalik ujian yang bertalu-talu ini...

tapi...

sebagai manusia .... Miss Nur juga tidak terkecuali dari merasa stress.

Pada dasarnya..Miss Nur seorang yang sgt PERIANG....tapi sekarang SEBALIKNYA....

Bersikap penuh KEMARAHAN, bercakap penuh EMOSI, lagak penuh KEEGOAN, pandangan penuh KEBENCIAN..

Sudah tidak pandai mengawal emosi, sudah tidak bijak menyembunyi masalah diri...



manusia hanya pelaku dimuka bumi... hari akhirat juga pasti...

Sinar itu pasti...