aku masih mengejar CITA&CINTA

aku masih mengejar CITA&CINTA
Aku masih mengejar CITA & CINTA

Oct 27, 2009

perlukah CINTA jika akhirnya begini????


ari tue aku dapat call dari kawan aku PUTUS CINTA setelah 6tahun menjalinkan hubungan hati dan perasaan..

hari ni aku terjumpa kawan yang lagi sebulan nak melangsungkan perkahwinan.. PUTUS TUNANG sebulan sebelum majlis bercinta 4tahun + bertunang 2tahun.. tapi putus ditengah jalan

hari tue aku ada dengar ada org pergi kenduri kahwin.. tapi balik tangan kosong.. sebab pengantin tak jadi kahwin.. bakal pengantin lelaki MINTAK PUTUS dua minggu sebelum majlis.. kerana baru berjumpa cinta hati yang sesuai dengan jiwa..

hari tue kawan telefon.. dia DICERAIKAN.. talak satu.. kerana bersuamikan engineer.. merasakan kawan aku tu tidak layak berdampingan dengannya.. kerana kawanku hanyalah lulusan SPM.. masa bercinta tak fikir tentang sekufu, darjat dan sebagainya.. bila da ada anak seorang baru nak fikir.. logik kah??

apakah ini kesudahan kisah cinta?? apa guna bercinta kalau sebelah pihak sahaja serious?? apa guna berkasih kalau tiada sefahaman.. apa guna penyatuan jiwa kalau malu tunjuk menonjolkan pasangan masing-masing??

p/s: buat masa ni aku takut menjalinkan hubungan serius.. berkahwin lagi laaa.. aku takut nak beri jawapan dan harapan coz ketakutan aku sendiri... heheeeee

biarkan buih buih itu hilang sendiri...

No comments: